Menteri
Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya
sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.
Perubahan
jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani
surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas
Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
BN
hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi
dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan
kerusi Parlimen.
Ahmad
Said juga dikatakan memberi surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Terengganu kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak pagi
tadi.
Majlis
angkat sumpah Razif dijangka dibuat malam ini selepas solat Isyak di Istana
Syarqiyyah di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Difahamkan,
Pemuda Umno Terengganu membantah tindakan Putrajaya menukar kerusi menteri
besar kepada Razif dan mengugut mengadakan mogok lapar selama seminggu
sekiranya Ahmad Said diturunkan. Melalui
sepanduk putih bertulis “Kami Senang Kerana Dato' Ahmad Said”, mesej itu
dikatakan digantung di beberapa kawasan sekitar Terengganu.
Ahmad
Said yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu berkhidmat
sebagai menteri besar selama dua penggal sejak 22 Mac 2008. Berlaku
kontroversi diawal perlantikannya yang tidak mendapat sokongan Umno malah semua
Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu juga berikrar berdiri teguh menyokong
Datuk Seri Idris Jusoh agar bekas menteri besar Terengganu dikekalkan.
Sebelum
ini, wujud spekulasi pemimpin berjawatan menteri besar di dua negeri akan
ditukar iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan, membabitkan Datuk Seri Mohamad
Hasan. MI/12 Mei, 2014.
0 comments:
Post a Comment