Pengerusi NGO pendesak Melayu PERKASA, Datuk
Ibrahim Ali berkata perdana menteri sepatutnya "tidak gopoh" dalam
menerima peletakan jawatan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said. Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak dari awal lagi sepatutnya
mempertimbang permintaan Ahmad yag meminta peletakan jawatannya ditangguhkan
sehingga kenduri kahwin anaknya selesai.
"Saya dulu digugur oleh Tun Abdullah Badawi
sebagai ketua bahagian Pasir Mas tanpa sebab. "Abdullah malukan saya (dan kemudian) saya
bertanding kerusi bebas dalam PRU ke-12. "PAS kemudiannya selamat dua kerusi untuk
terus memerintah Kelantan. Masa itu Datuk Seri Najib adalah timbalan presiden
dan pengerusi jawatankuasa pengurusan (Umno). "Patut belajar dari sejarah saya. Di
Terengganu BN lebih dua kerusi sahaja dan patut hati-hati dan berhemah,"
katanya lagi.
BN kini menguasai hanya 14 kerusi di Terengganu
berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi
merupakan kerusi bebas. Situasi itu tercetus apabila tiga wakil rakyat
mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam semalam. Mereka ialah bekas menteri besar dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad
Said, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
MK/13 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment