Sponsor

Friday, May 23, 2014

Amboi Amboi....!.., ‘Sedapnya Mulut Kata Orang Pengkhianat’...?..

Dyana Sofya Mohd Daud lebih rela digelar pengkhianat kerana bertanding atas tiket DAP daripada bersekongkol dengan politik kotor yang terus dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu bersetuju dengan apa yang pernah dikatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kelemahan Umno menerima golongan profesional menyebabkan ramai berpaling daripada parti Melayu itu.
“Dr Mahathir pun ada cakap yang pandai masuk Pakatan Rakyat (PR). Memang betul pun. Yang tinggal begitulah. Lepas itu dia cakap kita pengkhianat. Amboi, amboi, sedapnya mulut.
“Tetapi tak mengapa. Itu melambangkan karekter mereka. Kita layan dan dengar sahaja. Tidak semestinya kita terima. Itu hak mereka untuk bersuara,” katanya ketika berkempen di depan 30 penduduk di Taman Melor, Teluk Intan, malam tadi.
Dr Mahathir dalam satu majlis di Melaka pada Mac 2012 berkata, Umno kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan menyekat kemasukan mereka ke dalam parti, lapor Bernama.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. “Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pilihan raya," kata Dr Mahathir.

Dalam ceramah sama, Dyana Sofya turut mengecam tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang membuat onar di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur kerana gagal bertindak secara matang.-MI/23 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/