Sponsor

Thursday, May 15, 2014

PAS Tidak Berminat Buat Tawaran Kepada Pemimpin Yang ‘Flip-Flop’ Seperti Ahmad Said..

PAS Terengganu tidak pernah membuat apa-apa tawaran kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said untuk menyertai parti itu ketika berlakunya krisis politik dalaman Umno di negeri itu kerana beliau merupakan seorang individu yang "flip-flop."
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali.
Katanya, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali ekoran kredibiliti beliau yang diketahui sebagai individu yang "flip-flop."
"PAS tidak berjumpa Ahmad Said. Kenyataan itu bohong. Kita tidak pernah menawarkan apa-apa. Kalau ada membuat tawaran sepatutnya saya selaku pesuruhjaya," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka.
"Dalam isu ini, kita sedar Ahmad ini liabiliti... beliau kita ketahui seorang yang 'flip-flop."
"Saya sendiri tidak pernah bercakap dengan beliau," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Terengganu hari ini.- MI/15 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/