Sponsor

Sunday, May 25, 2014

Coklat Cadbury Ada DNA Babi Ditarik Balik Dari Pasaran,...Yang Dah Masuk Dalam Perut Nak Tarik Balik Macamana..?..

Cadbury
Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta. Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta. Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi. "Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut. "Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.-SH/24 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/