Satu
majlis perkahwinan di India bertukar tragedi berdarah apabila pengantin
perempuan ditembak mati oleh sepupunya sendiri kerana didakwa ‘curang’.
Ketika kejadian Dr Jaishri Namdeo, 29 sedang berdiri
bersama suaminya di atas pentas dalam majlis perkahwinan yang dilangsungkan di
bandar Bhopal sebelum Anurag Singh menyerbu naik dan melepaskan tembakan
rambang.
Anurag - pernah menjalin hubungan dengan Jaishri - hadir
ke majlis itu dengan menyamar sebagai jurugambar. Dia kemudian cuba membunuh diri namun gagal selepas
ditarik tetamu yang berada berhampiran dan membolehkan orang ramai
menangkapnya.Tetamu merampas pistol yang dipegang Anurag dan
membelasahnya sementara menunggu polis tiba.
Jaishri - seorang doktor kanak-kanak - mati di hospital
akibat cedera terkena tembakan di leher. Suaminya, Rohit Namdeo yang bertugas sebagai pakar bedah
bagaimanapun terselamat dalam serangan itu.
Ratusan tetamu dan ibu bapa mereka pergi ke hospital
untuk mendapatkan berita mengenai keadaan pasangan pengantin baru berkenaan. Namun harapan mereka musnah apabila mengetahui Jaishri
tidak dapat diselamatkan.
Anurag ditahan sementara siasatan bagi mengenalpasti
motif sebenar serangannya dijalankan.-Metro
0 comments:
Post a Comment