Sponsor

Tuesday, May 27, 2014

Yammy Samat Isytihar Keluar PERKASA..

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu. Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan. Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan.

Berikut Kenyataan Yammy Berkaitan Dirinya Yang Dikaitkan Dengan PERKASA..
Yammy Samat hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya.
Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berkata beliau bukanlah ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua wanita Umno.
"Tidak. Saya tidak pernah menjadi ketua wanita Perkasa. Ketua wanita Perkasa ialah Raihan Sulaiman Palestin yang berlawan ketua wanita (Umno) baru ini. Kamu boleh tanya dia. "Saya tidak pernah jadi ketua wanita Perkasa. Jawatankuasa penaja betul. Sudah lama saya tinggalkan Perkasa, setahun lebih.
"Saya masih ahli Perkasa tetapi dalam keadaan begini, saya isytiharkan saya keluar," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Media hari ini melaporkan Dyana mengakui ibunya menyertai Perkasa setelah laporan sebelumnya beliau membuat penafian. – MI/27 Mei, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/