Sponsor

Wednesday, May 21, 2014

Calon BN Mengakui Dyana Adalah Gadis Yang Bijak...

Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong berkata beliau tidak kisah dengan perhatian meluas ke atas pencabarnya, Dyana Sofya Mohd Daud dalam kempen  pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

“Tak apalah, beliau lebih glamour," kata Mah ketika ditemui Malaysiakini di pusat operasi kempennya semalam.

Tumpuan ke atas Dyana, 27, bukan sahaja ditunjukkan dari kelompok Pakatan Rakyat malah dari kalangan penyokong BN. Perkara itu turut diperhatikan oleh Dyana, yang menyatakan rasa simpatinya ke atas Mah kerana jentera BN lebih sibuk mengulas mengenai beliau dan bukannya membantu kempen calon GERAKAN itu.

Mah bagaimanapun berpendapat sebaliknya. Mah juga tidak sekalipun mengkritik Dyana, dan memberi alasan beliau percaya dan mengamalkan persaingan sihat. “Dia seorang gadis yang bijak, dan dia juga gadis yang lawa. Saya hormati keputusan yang DAP buat, mereka tentunya sudah memikirnya segenap sudut sebelum membuat keputusan," kata Mah.

Mah juga ditanya mengenai pandangan bahawa beliau mempunyai kelebihan kerana beliau seorang calon bangsa Cina yang bertanding di kawasan majoriti Cina. Namun, Mah berkata, beliau enggan melihat peluangnya dari sudut itu. “Saya tak fikir ia masih lagi dianggap penting," katanya sekiranya ditanya jika beliau boleh meraih undi Cina kerana DAP meletakkan calon Melayu.
"Saya rasa sekarang rakyat sangat berjiwa Malaysia," katanya lagi

MK/21 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/