Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang
dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap
agar proses itu berjalan dengan lancar. “Maafkan saya. Esok (hari ini)
insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang
semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di
selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan. Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu
lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej
SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang
sudah disebut itu. Terdahulu, konflik dalaman
perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status
Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan
rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut
ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu. Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan
sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan
pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Metro/29 Mei2014
0 comments:
Post a Comment