Jenazah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku
Annuar Sultan Badlishah, 75, yang mangkat tengah malam tadi selamat dimakamkan
di Makam Diraja Langgar dekat sini petang ini. Turut berada di
Makam Diraja itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
yang merupakan kekanda Tunku Annuar, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah
Haminah, isteri Tunku Annuar Toh Puan Bendahara Kedah Puan Sri Nor Suzana
Abdullah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jenazah Almarhum
Tunku Bendahara Kedah itu dibawa menaiki pedati sejauh kira-kira 20km dari
Istana Anak Bukit di sini pada pukul 3.40 petang dan tiba di Makam Diraja itu
pada pukul 5.15 petang. Jenazah Almarhum
dimasukkan ke dalam liang lahad pada 5.30 petang dan majlis pemakaman selesai
kira-kira 6.30 petang.
0 comments:
Post a Comment