MIC memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menyifatkan pengundi India sebagai
golongan "tidak mengenang budi", seperti dalam ucapan menteri itu
semalam.
Timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr S
Subramaniam berkata kenyataan seperti itu akan menjejaskan peluang BN untuk
memenangi pilihan raya kecil 31 Mei.
Tambahnya, ahli politik juga harus berhati-hati
agar tidak menyentuh sensitiviti kaum lain dalam keghairahan mereka untuk
meraih sokongan. Subramaniam berpendapat Zahid silap langkah
kerana menyifatkan golongan Cina yang menyokong DAP sebagai orang tidak
mengenang budi dalam satu ceramah di kampung Melayu di Teluk Intan semalam.
"Isu seperti ini kita perlu elak seboleh mungkin...,"
kata menteri kesihatan itu.
MK/27 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment