KAHERAH- Mesir sekali lagi menggunakan taktik paling
kotor dalam sejarah pilihan raya apabila melanjutkan tempoh pengundian
ekspatriat negara itu sehingga petang hari ini.
Jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) Abdel Aziz Salman sebelum ini mengumumkan, penduduk di luar Mesir mula membuang undi pada Khamis dan mesti berakhir jam 9 malam tadi.
Namun semalam, beliau mengubah kenyataan apabila mengumumkan, tambahan sehari diberikan kepada mereka dengan alasan peratus keluar undi sangat tinggi. “Lebih daripada 210,000 ekspatriat mengundi di pejabat kedutaan di seluruh dunia. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang mengundi pada referendum Perlembagaan Januari lalu,” katanya.
Media tempatan melaporkan, tindakan itu sudah dijangka apabila PEC yang sebelum ini dikatakan sekutu kuat Abdel-Fattah Al-Sisi sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan lawannya, Hamdeen Sabahi tewas.
Sementara itu, episod drama pilihan raya Mesir bertambah rancak apabila Kesatuan Eropah (EU) secara tiba-tiba membatalkan hasrat menjadi pemerhati. Jurucakap Ketua Dasar Luar EU Catherine Ashton berkata, pembatalan itu disebabkan Mesir gagal memenuhi piawaian peraturan pemerhatian. “Mesir gagal memberi akses telekomunikasi, perubatan dan pengawal keselamatan,” katanya, dipetik dari laporan Agensi.

0 comments:
Post a Comment