Sponsor

Wednesday, May 28, 2014

‘BN Sebenarnya Yang Terdesak’ Untuk Dapatkan Pengundi Melayu, Bukan Nya PAS..!..

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS tidak terdesak seperti mana yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, ujar beliau Muhyiddin yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari sokongan pengundi Melayu apabila melihat PAS memberi sokongan penuh kepada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. "PAS nak terdesak buat apa, bukan PAS yang bertanding, kalau kita yang bertanding baru boleh anggap kita terdesak," jelasnya kepada Harakahdaily.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata PAS menyokong kempen calon DAP adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud.
"Kita sokong DAP atas prinsip tertentu seperti menentang rasuah, membela hak rakyat serta melawan penyelewengan. "Seperti mana pesanan Presiden PAS, kita sokong atas dasar perjuangan Pakatan Rakyat, kita bekerjasama kerana banyak persamaan antara pendirian PAS dan DAP," jelas beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat bahawa Muhyiddin sendiri keliru dengan beranggapan PAS yang bertanding di Teluk Intan. "Sebab yang bertanding itu dari calon Melayu, mungkin Muhyiddin kabur ingatan bahawa PAS yang bertanding," katanya. – HD@28/5/2014
Sebelum itu, TPM Muhyiddin dalam kenyataan nya menyebut....Tindakan Pas menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud.
"Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.
"Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP  Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/