“Masalah
barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan
besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat. “Sekiranya
dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan
belanjawan negara diurus secara berhemah,” katanya dalam sidang media di Pusat
Operasi DAP PRK Teluk Intan, di sini.
Mengulas
mengenai pembangunan anak muda, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah
itu berkata, beliau akan melawan pemusatan pembangunan yang hanya tertumpu di Kuala
Lumpur supaya Teluk Intan dapat dimajukan. “Mengikut
statistik Jabatan Perangkaan, lebih 70 peratus rakyat berusia kurang daripada
40 tahun.
“Di
Teluk Intan, saya perhatikan kebanyakan anak muda terpaksa mencari rezeki di
negeri lain akibat dasar pemusatan hanya di Lembah Klang oleh kerajaan. “Saya
akan mempergiat aktiviti, menuntut pembinaan infrastruktur sukan dan mewujudkan
peluang kerja untuk anak muda,” ujarnya.
Beliau
turut mengulangi tujuannya bertanding di Teluk Intan iaitu untuk memecahkan
benteng perkauman. “Saya
mewakili generasi muda mahukan budaya politik baru yang tidak berasaskan kaum
dan tidak bersifat jumud. “Kita
perlukan politik yang berkisar mengenai dasar untuk pembangunan serta kebajikan
rakyat,” tegas Dyana.
RK/27 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment