Calon BN di Teluk Intan Mah
Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji
yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya.
Mengulas janji yang dibuat
beberapa menteri semasa perjalanan kempen, presiden Gerakan itu berkata beliau
tidak berada di situ ketika janji itu dibuat. Katanya lagi, ia janji-janji
mereka dan bukan beliau.
“Ia tiada dalam manifesto. Saya hanya letakkan apa
yang saya fikir mampu lakukan sebagai anggota Parlimen,” katanya.
Mah bagaimanapun berkata, jika salah bagi BN menabur janji dalam pilihan raya, Pakatan Rakyat juga melakukan perkara sama. “Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?” soalnya. MK/26 Mei 2014

0 comments:
Post a Comment