Dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, Lim Wei Kuan, 34,
ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dapur rumah teres satu
tingkat itu dengan empat kesan tikaman di badan manakala bapa mentuanya yang
berusia 60-an turut cedera ditetak empat kali di badan dan leher.
Difahamkan, sebelum
kejadian, warga emas itu yang ditemani beberapa lelaki pergi ke rumah berkenaan
bersemuka dengan menantunya itu bagi mendapatkan penjelasan berkaitan masalah
rumah tangga anak perempuannya.
Malangnya, pertengkaran berlaku sebelum seorang daripada mereka mula menyerang menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai.
Malangnya, pertengkaran berlaku sebelum seorang daripada mereka mula menyerang menggunakan senjata tajam dipercayai pedang samurai.
Pergaduhan yang
membabitkan menantu dan bapa mentua itu menyebabkan mangsa ditikam empat kali
termasuk dua terkena jantung manakala warga emas itu ditetak empat kali di
badan dan leher.-Metro/24 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment