Sponsor

Sunday, May 11, 2014

Mengecewakan..!.. MCA Sudah Mengaku Kalah Sebelum Bertanding...

Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Sebaliknya, beliau berkata parti itu mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
  
"Kami turut mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi serta keputusan untuk tidak bertanding dibuat dengan restu parti komponen Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam di Bidor hari ini.
  
Walaupun tidak bertanding pada kerusi tradisi parti itu, Liow berkata parti itu akan terus memberi khidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Gelugor. "Kami kini dalam proses transformasi. Kami kini cedera dan perlu pulih dengan segera," katanya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, mendiang Karpal Singh menewaskan calon MCA Teh Beng Yeam dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 42,706 undi. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/