Sponsor

Friday, May 23, 2014

Menteri Bimbang Pengundi Pilih Pemimpin Disebabkan ‘Lipstik’ ?..

Populariti luar biasa calon DAP di Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud akibat rupa parasnya mungkin semakin menggusarkan BN.
Hari ini, 48 sebelum hari pengundian Ahad ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman berkata, hanya orang bodoh sahaja mengundi berdasarkan kecantikan.
Dyana, gadis Melayu muda berusia 27 tahun itu menggalas tugas berat menentang Presiden Gerakan Mah Siew Keong dalam pertembungan satu lawan satu.

“Kita bukan mahu jadikan pilihan raya Parlimen ini sebagai memilih calon kerana soal yang remeh- temeh, sebab Mah tak pakai lipstik mungkin, dia tidak pakai make-up maka tidak mahu undi dia. “Hanya kerana dia pakai lipstik maka kita pangkah? Hanya kerana dia pandai senyum, pakai make up lawa sedikit daripada Datuk Mah. “Orang bodoh saja yang akan buat begitu,” katanya.- MK/23 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/