Calon
popular untuk pilihan raya presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berang
apabila gambarnya dijadikan bahan kempen “hitam” dan “melampau.”
Melalui kempen didalangi pihak tertentu itu, mereka
memuat naik gambar Jokowi bersama iklan kematian. Iklan “RIP Jokowi” itu kemudian disebar melalui Facebook dan
Twitter.
Menurut
Gabenor Jakarta itu, kempen berkenaan sudah keterlaluan. “Pertama, pada saya ia mengarut dan
kedua ia kejam dan keterlaluan,” katanya kepada media selepas meninggalkan
pejabatnya semalam.
Sebelum ini beredar gambar ucapan takziah untuk individu bernama Ir Herbertus
Joko Widodo dan ia disertakan dengan gambar Jokowi. Pada umumnya iklan sebegitu adalah perkara biasa dan sering disiarkan di media
cetak.
Bagaimanapun, pada awal gambar berkenaan dipaparkan pengumuman “kematian”
Jokowi pada 4 Mei 2014. “Dia meninggal dengan tenang pada hari Minggu 4 Mei 2014 jam 15.30 WIB, suami,
ayah, dan satu-satunya calon presiden kesayangan kami.”..Di akhir iklan itu dinyatakan nama isteri Jokowi, Iriana Widodo, sebagai pihak
yang membeli ruangan itu. Tidak ketinggalan, nama Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, Megawati
Soekarnoputri turut digunakan sebagai pihak yang “berdukacita.”
Kata Jokowi, panel peguamnya akan mengambil tindakan lanjut untuk ‘mengajar’
pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
myMetro/9 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment