Sponsor

Friday, May 16, 2014

Jom Terjah Kehidupan Sosial Di Syria, ‘Dikala Orang Lain Berduka, Tapi Mereka Tetap Berpesta Ria’....

Jom kita terjah kehidupan sosial di Suriah. Walaupun Suriah kini diancam peperangan yang boleh meluluh-lantakan kehidupan seharian, tapi apa peduli dengan puak-puak sekular ini. Bagi mereka tafsiran kehidupan adalah mencari keseronokan dunia. Tanpa menghiraukan apa yang berlaku diluar sana, mereka tetap memburu ‘keseronokan’. Setiap saat boleh dikatakan bunyi ledakan Bom melintasi bumbung-bumbung rumah mereka namun semua nya tidak memberi bekas ataupun ketakutan.
Memetik ungkapan salah seorang dari mereka berkata... ‘Saya datang ke sini untuk merubah suasana’.. kata Mohammad (25 tahun) sambil memegang botol minuman keras. Suasana apa yang nak diubah..?..dari cerdik kepada bodoh ke..?..
Di dance floor, terlihat beberapa pemuda dan wanita cantik bergoyang, nampak begitu bersemangat mengikuti rentak muzik yang dialunkan. Salah seorang yang ikut berada di kelab tersebut berkata,.. ‘Semua orang akan mati suatu hari nanti, tetapi orang-orang Suriah mencintai hidup dan yang paling penting adalah untuk menjadi bahagia’.. katanya... ‘Jika Amerika Syarikat menyerang kami, saya yakin militer kami akan membela’.. Nampak..!!..senangnya bercakap..???...itu kalau US yang serang, Bagaimana kalau ‘Malaikat Maut’ yang menyerang, sempat ke nak mengucap..??..tak sempat la bro..!!..
Sejak tercetusnya ‘sengketa’ menentang kezaliman Basyar Assad pada Mac 2011, Pihak berkuasa Suriah memang mewaspadai pertemuan atau perhimpunan sulit kerana akan dianggap berkomplot untuk menentang pemerintah. Setiap perhimpunan mesti mendapat keizinan pemerintah terlebih dahulu. Namun berbeza dengan kelab-kelab malam,..tak perlu keizinan. Tak perlu pengawasan. Mungkin puak pemerintah tahu bahawa yang ‘berpesta malam’ itu bukan ‘terrorist’ ataupun ‘Bughah’, tapi mereka adalah ‘pencinta kedamaian’....perghhhhh..!!..
Di Kota Damaskus sendiri terdapat banyak Kelab-kelab malam dibuka pada malam hari. Katanya sehingga larut malam..ada yang sampai pukul 2.00 hingga 3.00 pagi. Pernahkah kita dengar satu kelab malam di Bom oleh Regim Assad. Jawabnya,..Tak ada..?.. kenapa..?..Sedangkan di Damaskus sendiri setiap saat akan kedengaran ‘letupan Bom’..
Bissness..?..Seorang pengurus Kelab malam berkata,.. ‘jangan sebut nama kelab malam nya,..kerana dia bimbang akan diketahui orang terbanyak ketika orang ramai sedang menderita akibat peperangan, mereka pula bersenang lenang dan berpoya-poya keseronokan’...hahaha.. tau pun takut..!..  
Memang luar biasa puak sekular Suriah ini. Jika ditanya, jawab mereka.. ‘Peduli apa’..!.. agak je lah tu... ‘Happy go lucky’,.. ‘Don't worry be happy’,... agak-agak nya, begitulah kot ‘Motto’ kehidupan mereka ataupun Slogan ‘Syria BOLEHHHHH’...salute.!..
Artikel ditulis berdasarkan Gambar dan Berkongsi Maklumat dari sumber tertentu.. Rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat. – TIANG SERI/16 Mei 2014/mb

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/