Sponsor

Thursday, May 15, 2014

Tun Mahathir ‘Hentam’ Anwar Habis-Habisan...


Dendam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak pernah berakhir apabila terbaru menyelar bekas timbalannya itu yang memberikan ceramah agama.

Mahathir berkata, Anwar yang juga ketua pembangkang tidak layak untuk menyampaikan kuliah agama kerana berdepan dengan isu moral. "Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktik sekurang-kurangnya, tidak buat yang dilarang oleh agama."Saya hairan kerana diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tiada hak sama sekali," katanya semalam dipetik Utusan Malaysia.

Beliau dilaporkan kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di Jakarta semalam.

Anwar sebelum ini dilaporkan diundang untuk menyampaikan ceramah eksekutif bertajuk 'Nilai-Nilai Islam dan Kebangkitan Semula Ummah Islam' di kampus Universiti Al-Azhar Indonesia.

Tidak cukup dengan menghentam Anwar, Mahathir juga turut membidas penganjur yang sanggup mengundang Ketua Umum PKR itu untuk memberi ceramah berkaitan agama.Beliau berkata ramai dalam kalangan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi dari segi amalan dan cara hidup mereka berbeza dengan apa yang dituntut oleh agama. HD-15 Mei 2014

1 comments:

  1. Aiiik....Tak pernah2 Tun nak marah dgn DSAI memberi ceramah dimana mana sebelum ini. PELIK DAN ANEH.
    Adakah beliau sudah tahu akan rancangan Najib terhadap anak kesayangan MB Kedah. Tun klu marah semua jadi mangsa,perangai lama masih.
    Dengar khabar selepas Terengganu, Kedah pula akan mendapat MB baru. Dan Mukriz akan menjawat jawatan TIM. MENTERI.

    Klu ia betul berlaku, Najib sudah membuat perancangan awal untuk menjatuhkan Mukriz. HEBAT.

    Mari kita sama2 menonton Drama keluarga Tun Razak dan Tun Mahathir.

    Team Tun Mahathir :
    *Tun Daim dan mereka yg masih setia
    * Perkasa
    - klu ada lagi tlg tambah...hihihi

    VS

    Team DS. NAjib : - yg ramai mungkin cam tak caya :

    * Jamaluddin Jarjis
    * khairy Jamaluddin
    * Sharizat (feed her own lot)
    *Ahmad Maslan
    * tengku Adnan (B'air malay taikun)
    * Hishamuddin

    Diatas adalah org2 kepercayaan DS.NAJIB.
    Pelik...tapi benar.

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/