Sponsor

Thursday, May 29, 2014

Calon DAP, Dyana Sofya Antara Yang Terawal Memberikan 'Penghormatan Terakhir' Di Istana Iskandariah...

Calon DAP Pilih Raya Kecil P.076 Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan menzahirkan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda. Beliau menyifatkan Alllahyarham Tuanku adalah lambang perpaduan dan persaudaraan bagi rakyat Perak. "Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Paduka Seri. "Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan bertakwa," katanya.

Semalam juga Pakatan Rakyat turut mengumumkan pembatalan segala aktiviti kempen PRK tersebut sehingga selesai majlis pemakaman Allahyarham Tuanku Sultan selesai.-HD/29 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/