Sekumpulan
Pemuda MCA hari ini mengadakan protes di hadapan Pejabat Agung PAS di Jalan
Raja Laut di sini bagi membantah perlaksanaan hudud di Kelantan. Mereka
diketuai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng yang hadir bersama
hampir 20 yang lain termasuk sekumpulan wartawan.
Mereka mula berkumpul sekitar jam 10 pagi
dengan merentangkan kain dan plakad bertulis "Say No to PAS Hudud"
dengan merakam gambar di luar pintu masuk pejabat itu.
Seorang
kakitangan Pejabat Agung PAS, Fadhil Osman ketika dihubungi Harakahdaily
berkata, kumpulan itu berada di situ kira-kira setengah jam sebelum beredar
selepas menyerahkan memorandum dan mengadakan sidang media."Saya tanya mereka ada buat temu janji tak, sebab kalau ada temu janji kami boleh atur pertemuan dan buat sambutan dengan lebih baik, tapi mereka jawab tidak ada.
"Mereka ada sebut kepada saya supaya PAS
jangan buat hudud dalam negara yang berbilang kaum ini," kata Fadhil yang
menerima memorandum itu.
Kehadiran kumpulan tersebut juga menurut Fadhil turut dipantau pihak polis yang kebetulan berada di kawasan sekitar.
Sebelum ini, pada 24 April lalu, Pemuda Gerakan turut mengadakan bantahan serupa dengan mengancam mengambil tindakan undang-undang jika PAS meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan.

HD/5 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment