Sponsor

Monday, May 5, 2014

Fitnah Demo Sokong GST,...Tapi Mana Satu ‘Red Bean Army’ Yang Di Fitnah Perkasa Ni...?..

NGO pendesak Melayu PERKASA menafikan dakwaan mereka akan menganjurkan satu perhimpunan menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 12 Mei ini. Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali dalam pesanan ringkas kepada Malaysiakini, perkara itu “kerja kotor” dan “fitnah” yang disebarkan tentera siber pembangkang Red Bean Army.
Bahkan, Syed Hassan menegaskan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat itu.
“PERKASA pasti ini kerja kotor Read Bean Army yang terima puluh jutaan dolar Amerika. Jenis tak ada kerja lain. Sentiasa mahu membuat fitnah,” katanya lewat petang semalam. Utusan Malaysia yang dimiliki Umno memperkenalkan istilah "Red Bean Army" bagi menggambarkan satu unit tentera siber itu dan mendakwa ia telah diupah oleh DAP.

DAP telah menafikan sekeras-kerasnya kewujudan kumpulan itu dan menyebutnya sebagai khayalan imaginasi Utusan.
Syed Hassan merujuk kepada poster yang diedarkan dalam laman sosial, bertajuk "Sejuta rakyat menyokong GST" berserta logo PERKASA dan gambar presidennya Datuk Ibrahim Ali. Acara itu kononnya dianjurkan bersama dengan sayap kanan NGO lain, seperti Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) yang dipimpin oleh bekas pemimpin kanan PAS Datuk Dr Hassan Ali.
Sementara itu, dalam laporan media Sabtu lalu, PERKASA mencadangkan supaya Cuepacs dan dewan perniagaan mengetuai perhimpunan besar-besaran supaya rakyat menyokong pelaksanaan GST. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perhimpunan itu sebagai tindak balas kepada perhimpunan anti-GST 1 Mei anjuran NGO pembangkang yang didakwanya mengelirukan rakyat.

PERKASA, katanya, akan memberi sokongan demi kebaikan rakyat dan negara.
MK/5 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/