Sponsor

Sunday, May 4, 2014

Kempen Menyokong Hudud Dan Bantah kini Di Facebook....

Apabila soal pelaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan, wujud beberapa pihak yang menjalankan kempen di laman sosial Facebook bagi menyatakan sokongan ataupun bantahan terhadap perkara ini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati terdapat beberapa page di Facebook yang menyatakan sokongan terhadap hudud mendapat jumlah ‘likes’ paling tinggi setakat jam 8 malam.

Page 1,000,000 Rakyat Menyokong Hudud Dilaksanakan Di Malaysia mendapat 36,863 ‘likes' manakala Saya Sokong Hudud mendapat 26,908 ‘likes’.
Bagi page 100,000 Sokong Hukum Hudud (Hukum ALLAH) Ganti ISA mendapat 22,426 ‘likes’ dan Malaysia Sokong Pelaksanaan Hudud dengan 16,290 ‘likes’.

Sementara satu ‘page’ membantah hudud pula dengan nama Save Malaysia No Hudud yang dilancarkan parti Gerakan sejak semalam mendapat 712 ‘likes’ setakat ini.

Manakala satu lagi page Kami Bantah Hudud di Malaysia mendapat 214 ‘likes’.
Dalam perkembangan lain, Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan.
SH/4 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/