Pasangan Ann Hunt dan Elizabeth
Hamel dilahirkan di Aldershot, Hampshire pada 1936 dan dianggap Buku Rekod
Dunia Guinness sebagai kembar paling lama terpisah sebelum bertemu semula.
Adik-beradik itu dilahirkan tukang
masak, Alice Lamb yang menjalin hubungan tanpa kahwin dengan seorang askar. Lelaki terbabit tidak pernah bertemu dengan Ann dan Elizabeth kerana selepas
dilahirkan Alice cuba memberi anaknya kepada orang lain bagi mengelakkan
dipulau masyarakat. Bagaimanapun,
sedikit kecacatan pada tulang belakang Elizabeth menyebabkan tiada siapa mahu
menjadikannya anak angkat.
Keadaan itu
menyebabkan Alice terpaksa menjaga sendiri Elizabeth. Elizabeth kemudian berkahwin dengan lelaki AS
dan berpindah ke Portland, Oregon. Elizabeth berkata, dia memang tahu mempunyai
saudara kembar yang lama terpisah tetapi sebaliknya Ann dimaklumkan perkara itu
selepas “menggali” semula sejarah keluarganya dengan bantuan anak bongsunya,
Samantha Stacey.
Selepas menghabiskan banyak masa mengkaji
sejarah hidupnya, Ann mengetahui dia mempunyai kakak di AS dua tahun lalu. Samantha berkata, dia dan Ann berjaya mengesan
Elizabeth. “Apa yang menarik, saya bukan saja menemui kakak
ibu, tetapi Ann ialah kembarnya,” katanya. Pasangan kembar itu bertemu 1 Mei lalu di Los
Angeles, setahun selepas pertama kali bercakap melalui telefon. Sementara itu Ann berkata dia sangat terharu
kerana dapat menemui kembarnya semula. “Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan
saya kini. Ia bagaikan mimpi,” katanya.
Pasangan kembar itu dijemput ke Los Angeles oleh seorang pakar psikologi, Dr Nancy Segal yang akan menjalankan ujian bagi mencari persamaan dan perbezaan mereka dalam sesi selama dua hari itu. “Kami ingin mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kehidupan, kebolehan, minat mereka dan mengumpulkannya sebagai satu kajian kes yang penting kerana ia adalah rekod perpisahan pasangan kembar paling lama di dunia,” katanya.- Agensi

0 comments:
Post a Comment