Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Thursday, May 5, 2016

DUN Batu Kitang – PKR Dakwa Calonnya Lebih Popular Dari Calon Dap, Satu Undi Untuk DAP Adalah Undi Sia-Sia..?

PKR menyanggah dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa calon PKR bagi kerusi Batu Kitang, Voon Shiak Ni tertinggal di belakang dalam pengundian rambang dan patut menarik diri sebagai calon. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil hari nii memetik tinjauan yang dijalankan antara 27 April hingga 1 Mei oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) menunjukkan Voon lebih popular berbanding calon DAP bagi kerusi yang sama, Abdul Aziz Isa. Fahmi berkata,...

Wednesday, May 4, 2016

Catatan Seorang Fotografer – ‘Hari Yang Paling Mengerikan Buat Aleppo, Suriah’...

Sejujurnya aku berfikir bahawa perang di Suriah tidak akan pernah berakhir. Sebagai penduduk asli, aku telah memotret perang di Aleppo selama tiga tahun. Khamis lalu adalah hari paling sadis yang pernah aku lalui di kotaku setelah agak lama bertahan. Aku mengambil gambar usaha untuk menyelamatkan bayi di daerah perumahan Al-Kalasa yang dikendalikan oleh oposisi dan ketika itu masih lagi dikepung pasukan regim.Ketika serangan udara menghentam, aku...

Kajian - Tanah Milik Orang Melayu Hanya Berbaki 20.41 Peratus Di Pulau Pinang ?

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata berikutan pembangunan pesat yang berlaku di Pulau Pinang, tanah milik orang Melayu di negeri itu semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Beliau berkata menerusi kajian yang dijalankan oleh USM pada 2008 mendapati keseluruhan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.41 peratus dan...

Monday, May 2, 2016

Myanmar - Tidak Ada Rohingya Di Negeri Kami ?

‘Terbuang di negara sendiri’ ? inilah yang dialami oleh Muslim Rohingya sejak ratusan tahun dahulu. Meskipun Myanmar sudah berubah kepada sebuah negara baru yang dipimpin (oleh Liga Nasional untuk Demokrasi Aung San Suu Kyi) tetapi bukan jaminan yang muslim Rohingya bebas melakukan kerja-kerja seharian mereka. Setiap pergerakan mereka akan disekat, diancam dan tidak sama sekali dibenarkan bergaul dengan masyarakat Myanmar. Apakah makna Demokrasi...

Tiada Lagi Masa Depan Untuk Muhyiddin Dan Mukhriz Dalam Umno, Mereka Sepatutnya Memilih Untuk Keluar Parti ?

KOTA BHARU - Umno akan hilang kredibiliti di mata masyarakat jika tidak segera bertindak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahlinya kerana jelas tingkah laku mereka merupakan satu perlanggaran besar kepada disiplin Umno. Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, telah ada persetujuan di kalangan majoriti pemimpin Umno bahawa tindakan...

Friday, February 26, 2016

Mukhriz - "Gerombolan Pemimpin Kaki Ampu Inilah Sebenarnya Merupakan Pengemudi Yang Sedang Membawa Haluan Umno Tersasar Dari Perjuangan Asal Dalam Membela Dan Mempertahankan Kepentingan Rakyat”..

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya benar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan. Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini". Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi sekiranya Muhyiddin disingkirkan ia akan menghampakan rakyat Johor...

Gambar Pesawat TUDM CN 235 Terhempas Berhampiran Kuala Selangor..

Kuala Lumpur: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor, pada 8.50 pagi ini. Jurucakap Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, semua lapan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan selamat."Mereka dibantu nelayan tempatan yang berada di lokasi kejadian. TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian."Tindakan...

Wednesday, February 24, 2016

Adun PKR Kebun Bunga Jawab Tuduhan Ketua Menteri Isu Pemecatan..?

GEORGETOWN - Setelah mendiamkan diri sejak sidang Dun November lalu, Adun Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng akhirnya menjawab isu pemecatannya sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera. Menurutnya, tindakan kerajaan negeri memecatnya dan rakan iaitu Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen itu tidak akan berhasil jika bertujuan menutup mulut mereka dari terus mempertahankan suara rakyat. Ini kerana beliau dan empat rakannya selain Adun Tanjung...

Saturday, February 6, 2016

Pilihanraya Sarawak – DAP Berputih Mata ! PKR Tegaskan 49 Kerusi Miliknya ‘Tidak Terbuka Untuk Dipertandingkan’..?

PKR Sarawak enggan terlibat dalam peperangan mulut dengan rakannya dalam pakatan pembangkang, DAP, selepas serangan terbaru terhadap pendirian tegas diambil parti itu dalam pertelingkahan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN). Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada pengerusi DAP Chong Chieng Jen, semalam menyelar PKR, mengatakan parti itu "sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memenuhi kehendak sendiri" apabila ia menegaskan...

Penaja Pasukan Helang Merah Undur Diri Selepas Mukhriz Bukan Lagi Presiden KFA ?

Mungkinkah bola sepak Kedah menjadi 'korban' pertama kesan pertukaran jawatan menteri besar negeri itu? Mungkin, sebab ketika ini syarikat pengeluar barangan kosmetik D'Herbs Holding Sdn Bhd dikatakan sudah hilang minat untuk menaja pasukan Helang Merah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Menurut sumber, selepas perbincangan D'Herbs dengan Mukhriz sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini mereka membuat keputusan...

Friday, February 5, 2016

Kes Pelajar Sekolah Dibuli, Enam Remaja Lelaki Didakwa Di Mahkamah...

PETALING JAYA: Enam remaja lelaki, termasuk empat bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes buli dua pelajar sekolah yang bersujud sambil menjilat jalan raya di sekitar Sea Park, di sini yang menjadi viral di laman sosial, bulan lalu. Tiga remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku bersalah manakala seorang lagi remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Dua lagi remaja, Tan Sze...

Thursday, February 4, 2016

Gambar Wanita 'Melekat' Pada Badan Lelaki Yang Mati Ketika Melakukan Hubungan Seks..?

London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet. Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut. Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman...

Gangguan Seksual Terhadap Adik Perempuan, Pekerja Asing DiTendang Papagomo

Penulis blog, Papagomo sekali lagi mencuri tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja asing dikongsi secara meluas di media sosial.Dalam video kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja Pakistan. Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan. Papagomo juga memuat...

Wednesday, February 3, 2016

'Kalau Sudi', Amanah Sedia Buka Pintu Perbincangan Dengan Mukhriz..?

Parti Amanah Negara (Amanah) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kedah bersedia "membuka pintu perbincangan" kepada bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Salahuddin berkata, pada masa ini, parti itu akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa politik Kedah yang menyaksikan Mukhriz diganti Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai menteri besar baharu selepas pergelutan...

Monday, February 1, 2016

Isu MB Kedah-Wakil Rakyat Pembangkang Dipanggil Mengadap Jemaah Diraja Kedah Di Wisma Darulaman Esok..

Selepas menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) petang ini, Jemaah Diraja Kedah kini memutuskan akan memanggil semua Adun pembangkang ke Wisma Darul Aman esok. Terdahulu hari ini, timbul spekulasi meluas mengatakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digantikan selepas hilang sokongan dan keyakinan pemimpin Umno bahagian. Bagaimanapun, perjumpaan antara jemaah tersebut dengan Adun BN yang berlangsung lebih sejam itu tidak melahirkan...

Jemaah Pemangku Sultan Belum Buat Keputusan, Kedudukan Mukhriz Sebagai MB Masih Dianggap Selamat..?

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui masih belum ada keputusan dibuat hasil perbincangan dengan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam satu pertemuan hari ini. Beliau yang juga Adun Bakar Bata memberitahu media, beliau hanya menjawab soalan yang ditanya oleh Jemaah dan tidak dimaklumkan apa-apa keputusan."Adalah dua, tiga soalan mereka tanya. Saya tak tau apa-apa keputusan," katanya yang enggan mengulas...

Tuesday, January 26, 2016

TGHH – “ TPP Tidak Mampu Menjadikan Sumber Kita Untuk Kemajuan Kita Sendiri Tetapi Lebih Menjadi Khadam Atau Abdi Sekali Lagi Kepada Pihak Yang Lebih Besar Dalam Konsep Ekonomi Liberal ”..

KUALA LUMPUR - Malaysia disifatkan hanya menumpang 'kenderaan orang lain yang lebih canggih dan laju' dalam  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini. Ahli Parlimen (Pas-Marang), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia diajak menyertai perjanjian itu dengan draf perjanjian telah disediakan terlebih dahulu."Bermakna kita berpijak di atas asas landasan yang dibina oleh mereka yang mengajak, dengan syarat-syarat dan tawaran...

Persidangan Khas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Dibawa Ke Dewan Rakyat 26 Januari 2016 Untuk Perbahasan.

KUALA LUMPUR - Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.Ahli Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPP dalam sesi khas dua hari bermula hari ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap...

Kedah Bakal Terima Menteri Besar Baru Menggantikan Datuk Mukhriz Tun Mahathir..

Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat. Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah esok atau lusa berikutan majlis itu sedang giat dirancang. Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan...

http://penburukonline.blogspot.my/