Penulis blog, Papagomo sekali lagi mencuri
tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja
asing dikongsi secara meluas di media sosial.Dalam video
kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama
sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang
seorang pekerja Pakistan.
Setakat ini, video
berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan.
Papagomo juga
memuat naik video berkenaan di laman Facebook Sir Azri bagi mewajarkan
tindakannya itu.Beliau mendakwa bahawa pekerja tersebut
membuat gangguan seksual ke atas dua adik perempuannya dan dua rakan mereka.“Sweet sweet atau
main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki.“Tapi kalau dah
buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan
seharusnya diberikan pengajaran,” tulisnya di Facebook.
Menurutnya, beliau
tidak membuat aduan polis kerana ia memakan masa yang lama dan sukar untuk
mengheret pekerja warga asing ke muka pengadilan.“Jadi aku selaku
abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada
pelaku yang membuat gangguan seksual.“Jadi pada 29
Januari aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana dua
orang adik perempuan aku dan dua orang lagi kawan adik perempuan aku membuat
aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami,” katanya sambil secara
panjang lebar menceritakan kejadian itu.
Menurutnya setelah
pengecaman dibuat, beliau memberi beberapa das penampar, penumpuk dan terajang
kepada pekerja itu serta memintanya tidak kembali.
Papagomo juga
mengakui tindakannya itu adalah salah kerana tidak mengikut saluran undang
undang tetapi beliau melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang abang dan
juga lelaki. “Aku pun lelaki,
pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi
tidaklah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar,” katanya.“Aku bukan samseng
tapi aku lelaki yang merupakan seorang abang kepada adik-adik Aku.“Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok
berlaku kepada adik aku lepas tu baru aku nak menangis macam pondan?” soalnya
bagi mewajarkan tindakannya menerajang pekerja itu sehingga kelihatan dalam
amat kesakitan dalam video itu.
Papagomo pada 2014,
didapati bersalah selepas Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa Wan Azri adalah
blogger Papagomo yang telah memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim.Hakim
memerintahkannya membayar Anwar RM850,000.MK/4 Feb 2016
0 comments:
Post a Comment