Sponsor

Monday, February 1, 2016

Isu MB Kedah-Wakil Rakyat Pembangkang Dipanggil Mengadap Jemaah Diraja Kedah Di Wisma Darulaman Esok..

Selepas menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) petang ini, Jemaah Diraja Kedah kini memutuskan akan memanggil semua Adun pembangkang ke Wisma Darul Aman esok.
Terdahulu hari ini, timbul spekulasi meluas mengatakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digantikan selepas hilang sokongan dan keyakinan pemimpin Umno bahagian.
Bagaimanapun, perjumpaan antara jemaah tersebut dengan Adun BN yang berlangsung lebih sejam itu tidak melahirkan sebarang keputusan yang dimaklumkan kepada media sebaik ia berakhir.
Adun Bakar Arang dari PKR, Simon Ooi Tze Min mengesahkan mereka sudah dipanggil untuk menghadap jemaah itu esok.

Katanya, 15 wakil rakyat pembangkang dari PAS dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan – PKR, DAP dan Parti Amanah Negara – dimaklumkan terdahulu hari ini melalui panggilan telefon dan teks pesanan ringkas. -TMI/1 Februari, 2016.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/