GEORGETOWN - Setelah mendiamkan diri sejak
sidang Dun November lalu, Adun Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng akhirnya
menjawab isu pemecatannya sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera. Menurutnya,
tindakan kerajaan negeri memecatnya dan rakan iaitu Adun Bukit Tengah, Ong Chin
Wen itu tidak akan berhasil jika bertujuan menutup mulut mereka dari terus
mempertahankan suara rakyat. Ini kerana beliau
dan empat rakannya selain Adun Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu hanya
bertindak atas kepentingan awam ketika menyuarakan pendapat mereka mengenai
cadangan projek penambakan laut di negeri ini.
"Fitnah dan
serangan peribadi terhadap saya tidak akan menghalang saya dari terus bertanya
soalan dan mempertahankan hak rakyat. Keputusan kepentingan awam tidak akan membawa
kepada perkara negatif sebaliknya amat diperlukan dalam isu penambakan laut. "Sebagai
pemimpin, kita tidak boleh membelakangkan suara rakyat. Mengapa kami sebagai
Adun yang dipilih rakyat, dikecam dan diserang dengan pelbagai tohmahan selepas
menyuarakan hak rakyat," katanya pada sidang media di sini petang hari
ini.
Sebagai wakil
rakyat di kawasan Kebun Bunga, beliau berkata, Bukit Bendera adalah sebahagian
dari kawasannya."Tindakan ini
saya sifatkan sebagai salah kerana memecat wakil yang dipilih rakyat. Ia
seolah-olah menidakkan hak pengundi saya yang mahu wakil mereka berada dalam
perbadanan itu bagi menyuarakan pandangan," katanya.
Bagaimanapun,
beliau enggan menandatangani surat pemecatannya kerana berpendapat tindakan itu
menyalahi undang-undang."Ia satu
kesilapan besar dan kemungkinan menyalahi undang-undang. Saya tidak akan
menandatangani surat pemecatan itu. "Tambahan
pula, saya tidak diberitahu terlebih dahulu bahawa sudah dipecat sehingga
diberitahu ketika mahu menghadiri mesyuarat sebelum Tahun Baru Cina."Saya mahu
bertanya beberapa soalan, adakah salah jika saya menyuarakan pendapat rakyat?
Adakah salah jika saya minta untuk mengadakan sesi taklimat awam berhubung isu
penambakan laut," katanya.
Kah Peng juga
hairan kerana meminta kerajaan negeri dan pemaju untuk memberi penjelasan lebih
lanjut berhubung projek penambakan laut , ia dianggap satu kesalahan besar."Adakah perlu
beberapa ahli politik bertindak begitu dramatik apabila kami sebagai Adun
pilihan rakyat bertanya soalan berhubung pajakan tanah dalam sidang Dun?
Bukankah sidang Dun satu platform untuk wakil rakyat mengetengahkan soalan
rakyat terhadap kerajaan negeri," katanya.
Menjawab soalan
berhubung dakwaan kononnya Chin Wen dan empat Adun PKR menyasarkan jawatan
Timbalan Ketua Menteri I yang kini dipegang Mohd Rashid Hasnon, Kah Peng
berkata, ia satu penipuan dan tidak masuk akal."Ia tidak
benar sama sekali. Bagaimana dakwaan ini boleh dibuat sedangkan kami hanya
menyuarakan pendapat berhubung kepentingan awam? Saya menafikan dakwaan itu
kerana ia tidak masuk akal sama sekali."Kami tidak
pernah mempunyai niat itu, apa yang kami pentingkan adalah hak rakyat dalam
penambakan laut," katanya.
Menurutnya, tanah
di negeri ini adalah hak rakyat dan kerajaan negeri hanya sebagai pemegang
amanah.Untuk itu, jika
kerajaan negeri mahu menggunakan tanah awam, maka rakyat perlu diberitahu."Ingin saya
tegaskan bahawa tiada siapa pun yang boleh mengawal saya untuk melakukan
perkara yang betul malah tiada siapa boleh mengarahkan saya melakukan perkara
yang menyalahi undang-undang," katanya.
Ditanya mengapa
tidak berjumpa dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menerangkan perkara
sebenar, Kah Peng berkata, tidak pernah diberi peluang untuk berbuat demikian."Saya dan
rakan-rakan lain hanya menjalankan tugas berdasarkan amalan kerajaan negeri
iaitu cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), namun kami dihentam teruk. Saya
tidak faham mengapa kami difitnah dan dikecam dengan begitu teruk."Bagaimana
saya nak jumpa dengan orang yang kecam saya dengan begitu teruk? Bagaimana saya
mahu bersemuka dengan individu yang menggelar saya dengan bermacam-macam
perkataan tidak elok," katanya.
Tambahan pula,
beliau tidak pernah dijemput oleh mana-mana pihak dari kerajaan negeri untuk
berbincang perkara itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.Terdahulu, Kah Peng
dan Chin Wen dari PKR Pulau Pinang yang tidak mengundi usul berkaitan
penambakan tanah yang dibentangkan Adun BN November lalu ditamatkan khidmat
dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Chin Wen dipecat
dari jawatan pengarah di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak
syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) manakala Kah Peng sebagai
pengarah Perbadanan Bukit Bendera.Mereka adalah
antara lima pemimpin PKR yang tidak mengundi terhadap usul untuk diadakan
pendengaran awam bagi penambakan tanah dan penangguhan semua pelan penambakan
sehingga kajian impak laut, alam sekitar dan sosial dilaksanakan.Tiga lagi Adun PKR ialah Dr
Norlela Ariffin (Penanti), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon
(Machang Bubuk).SH/24 Februari 2016
0 comments:
Post a Comment