Sponsor

Saturday, February 6, 2016

Pilihanraya Sarawak – DAP Berputih Mata ! PKR Tegaskan 49 Kerusi Miliknya ‘Tidak Terbuka Untuk Dipertandingkan’..?

PKR Sarawak enggan terlibat dalam peperangan mulut dengan rakannya dalam pakatan pembangkang, DAP, selepas serangan terbaru terhadap pendirian tegas diambil parti itu dalam pertelingkahan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada pengerusi DAP Chong Chieng Jen, semalam menyelar PKR, mengatakan parti itu "sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memenuhi kehendak sendiri" apabila ia menegaskan kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada pilihan raya 2011 tidak boleh dirunding.
DAP merancang supaya Aziz bertanding di kerusi Tupong di Kuching, sebuah kerusi majoriti Melayu, tetapi PKR menamakan ahli exco Wanita mereka Nurhanim Hanna Mokhsen untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Aziz kemudiannya menyifatkan PKR sebagai "tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep”, serta "sentiasa sukar untuk didekati".
Dia kemudiannya menarik balik kenyataan itu tanpa memberi sebarang sebab.
Sebelum kenyataan Aziz itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian memberitahu The Malaysian Insider, parti itu enggan bertindak balas kepada hujah Chong 2 minggu lalu mengenai mengapa PKR perlu membenarkan DAP bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dalam pilihan raya lepas.
Katanya, beliau ada menyebut kepada Chong pada mesyuarat mengenai perkongsian kerusi itu minggu lepas, mengatakan sesuatu yang subjektif untuk berhujah calon parti mana yang mempunyai peluang lebih baik untuk menang dalam pilihan raya akan datang. "Kita tidak perlu tonjolkan perkara macam ini. Bagi mereka, kami berdiam, tetapi sebenarnya tidak.
"Jika saya membuat kenyataan, kami akan terus bergaduh. Ini tidak betul," kata ahli Dewan Undangan Negeri Ba Kelalan itu, sambil menambah PKR "tidak mempunyai masalah dengan DAP atau mana-mana parti pembangkang lain".Bagaimanapun, serangan terhadap PKR berterusan.
Satu senarai, dilaporkan bocor dan disebarkan di Kuching, menunjukkan DAP berhasrat bertanding di 21 kerusi Dayak di luar bandar.Tetapi, PKR sudah menamakan calon pilihan mereka untuk 11 daripada 21 kerusi DUN itu.Terdapat juga tuntutan bertindih untuk kerusi pengundi campuran seperti Batu Kitang di Kuching dan Senadin di Miri.
Pada Mac tahun lepas, PKR meluluskan resolusi mengatakan 49 kerusi yang diperuntukkan kepada mereka pada PRN lepas "tidak terbuka untuk dipertandingkan" dan parti itu akan bertanding di 49 kerusi yang sama pada PRN akan datang.
Ia menyatakan hanya 11 kerusi baru yang dirancang diwujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya, terbuka untuk rundingan.  TMI/6 Februari, 2016.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/