Sponsor

Wednesday, February 3, 2016

'Kalau Sudi', Amanah Sedia Buka Pintu Perbincangan Dengan Mukhriz..?


Mukhriz Tun Mahathir
Parti Amanah Negara (Amanah) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kedah bersedia "membuka pintu perbincangan" kepada bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata, pada masa ini, parti itu akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa politik Kedah yang menyaksikan Mukhriz diganti Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai menteri besar baharu selepas pergelutan selama 2 minggu.
"Kita akan lihat perkembangan dulu. Pintu perbincangan sentiasa terbuka kalau dia (Mukhriz) hendak jumpa," kata Salahuddin kepada pemberita selepas bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Tabung Haji, hari ini.
Adun Pangkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi ialah wakil rakyat tunggal Amanah di Kedah. Pada masa sama, Salahuddin menyifatkan pertukaran menteri besar di Kedah adalah salah satu cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan isyarat yang beliau masih berpengaruh, kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahmad Bashah dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Kedah esok. TMI/3 Februari, 2016.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/