Sponsor

Friday, February 26, 2016

Gambar Pesawat TUDM CN 235 Terhempas Berhampiran Kuala Selangor..

Kuala Lumpur: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor, pada 8.50 pagi ini.
Jurucakap Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, semua lapan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan selamat."Mereka dibantu nelayan tempatan yang berada di lokasi kejadian. TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian."Tindakan susulan untuk membaikpulih pesawat juga akan dilakukan TUDM," katanya.
Pesawat CN235 adalah pesawat pengangkut yang boleh memuatkan maksimum 35 penumpang, mempunyai dua kipas dan lebih kecil berbanding C130. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.40 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kuala Selangor, Bestari Jaya, Tanjong Karang dan Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian."Anggota bomba kini sedang menuju ke lokasi kejadian dengan menaiki bot," katanya.

Difahamkan, antara penumpang terbabit adalah seorang anggota berpangkat Kapten, Mejar (3), Leftenan (1), Pegawai Waran (1) dan Sarjan (2).myMetro



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/