Tindakan tergesa-gesa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan
status halal dua produk coklat Cadbury tetap menimbulkan keraguan kepada
pengguna.
Kajian undian Harakahdaily yang dilakukan mulai
2 Jun lalu mendapati 94.2 peratus tidak akan membeli produk tersebut walaupun
ia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Sementara itu, 5.8 peratus pula akan membelinya berhubung kajian secara undian dengan soalan 'JAKIM sahkan tiada DNA Babi dalam coklat Cadbury. Adakah anda akan membelinya seperti biasa' membabitkan 1,828 pengunjung.
Jamil Khir yang mengumumkan status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat mengenai kandungan DNA itu.
Jakim sebelum ini mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini. Dr Noor Hisham berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran.–HD-4/6/2014
Dengan secara terus terang memandangkn dengan kerajaan yang boleh dibeli dan status penjawat jawatan tingginya berdasarkan pengampu-pengampu yang bukannya betul-betul boleh dipercayai segala apa pun kenyataan yang dikeluarkan tidak boleh dipercayai sama sekali..
ReplyDelete