Sponsor

Sunday, May 4, 2014

Siapa Yang Sebar Gambar Palsu ini..?..Apa tujuan..?..Sepatutnya Siasat Dan Ambil Tindakan..!!..

Ada yang kata 15,000 orang, ada pula kata 20,000. Malah ada yang mendakwa lebih 20,000. Tetapi semua setuju Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur Khamis lalu disertai paling tidak pun 10,000 orang.

Ada yang kata perhimpunan pada cuti sempena Hari Pekerja itu diadakan bagi membantah pelaksanaan cukai barangan & perkhidmatan (GST), walaupun ramai peserta yang ditanya tidak tahu pun apa GST.Tapi ada juga yang dakwa himpunan anjuran beberapa NGO ini hanyalah salah satu cara untuk meraih simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biasalah kalau ada perhimpunan orang akan kaitkan dengan Anwar.
Tidak kira berapa yang hadir, dan tidak kira apa motif sebenar himpunan, satu perkara yang jelas lagi positif ialah acara dari jam 2 hingga 5 petang itu berlangsung dalam suasana tenteram. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh telah mengesahkan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan ketegangan serius atau mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Tetapi, ada juga yang terlebih akal, Ketika perhimpunan sedang berlangsung, tersebar sekeping gambar di media sosial, menunjukkan seseorang dalam keadaan cedera parah sedang diusung. Konon seorang anggota Pas yang menyertai perhimpunan telah maut ditikam. Kemudian pihak Polis telah mengesahkan bahawa gambar tersebut bukanlah insiden pada Himpunan 1 Mei. “ Foto yang disebarkan itu adalah kejadian lama dan tiada kaitan dengan perhimpunan terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Jelas sekali, ada lagi hati busuk dan tangan tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar palsu itu hanya untuk menimbulkan rasa benci. Apa tujuan..?.. Orang hati busuk seperti ini tidak suka suasana tenteram, jadi sengaja mencari jalan supaya wujud kekacauan.

Maka ada baiknya pihak polis mengesan siapa di sebalik penyebaran gambar tersebut. Tangkap dan siasat mengapa dan tujuan mereka menyebarkan gambar seperti itu. Ambil tindakan sewajarnya ke atas mereka. Orang seperti ini jangan dibiarkan, cari hingga ke lubang cacing.

Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama sepanjang perhimpunan berlangsung. Tapi Rakyat juga patut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan rakyat. Terbukti sekiranya semua bekerjasama dan saling hormat menghormati, semua boleh berjalan dengan baik dan selamat. 1 Mei Tahun depan, Boleh demo lagi....?..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/