Sponsor

Sunday, May 4, 2014

Sepatutnya Pemuda UMNO Di Beri Kefahaman Dahulu Tentang Hudud Sebelum Rakan Pemuda Dalam BN...Baru Betoi...?..

Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.
    
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.
    
Katanya pergerakan pemuda Umno mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.
“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan Umno yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.
    
Beliau berkata pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.

Khairy berkata beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu. “Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya. 
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/