LONDON 3 Mei - Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah
mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 pada kedudukan 3,000 batu
nautika daripada zon carian semasa ketika ini selepas menjejak imej pesawat itu
menggunakan teknologi buatan sendiri yang diciptanya.
Tim Akers, 56, berkata, imej serpihan berwarna merah yang
dirakamkan satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain
di pantai Timur Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari pesawat itu berlepas.
Penemuannya itu sekali gus menyokong laporan bekas juruterbang
Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat
itu berada di luar pantai Thailand.
Akers mendapat imej itu yang dihasilkan dari satelit Landsat 7,
Nasa dan menggunakan perisian buatan sendiri bagi mendedahkan serpihan yang
ditemui kepada beberapa bahagian yang berbeza melalui spektrum cahaya. - Agensi
Utusan Online/3 Mei 2014
"Tidak diragukan lagi benda-benda itu pasti puing pesawat kerana bahagian-bahagian pesawat bentuknya sangat khas."
"Logiknya mereka seharusnya memeriksa lokasi itu dengan pesawat terbang rendah dan kapal perang di permukaan laut, tapi mereka memilih tidak melakukannya. Itu sangat aneh."..
0 comments:
Post a Comment