PAS mengucapkan takziah kepada keluarga
Allahyarham Datuk Abdul Aziz Sattar atas kehilangan seniman terkenal itu pada
jam 2 pagi tadi di Pusat Perubatan KPJ Kajang. Ketua
Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemergian Aziz Sattar
merupakan satu kehilangan besar kepada dunia hiburan negara ini.
"Allahyarham
merupakan seorang seniman yang berbakat besar, lakonannya sehingga sekarang
diminati. "Banyak
pengajaran yang beliau bawa dalam setiap lakonannya, selain menghibur tetapi
menyentuh soal kehidupan semasa. "PAS
merasa kita kehilangan seorang insan seni dan sukar untuk kita perolehi
gantinya,"... Beliau
turut meminta agar keluarga Allahyarham terus bersabar dalam ujian yang
dihadapi mereka.
Seniman
Aziz Sattar, 89, telah dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ pada malam Ahad lalu
akibat dari serangan jantung tetapi keadaan dilaporkan stabil dan ditempatkan
di Unit Rawatan Korinari (CCU). Allahyarham
yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan
Sri P Ramlee.
0 comments:
Post a Comment