Pengerusinya,
Ahmad Amzad Hashim berkata bantahan itu dikemukakan kerana kadar cukai pintu
yang ditaksirkan dalam notis semakan senarai nilaian MBKT itu terlalu tinggi.
"Sebahagian
daripada premis kediaman ada yang mengalami kenaikan 100%, 200% dan 600%, malah
ada kenaikan sehingga 1,000% di mana sebelum ini nilai cukai pintu hanya RM120
dan dinaikkan sehingga RM1,200.
"Terdapat
juga kes, terutamanya rumah di kawasan kampung yang sebelum ini tidak pernah
dikenakan cukai pintu menerima notis membayar cukai berkenaan mulai tahun
depan," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantahan bertulis itu
kepada Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Datuk Bandar MBKT,Mohamad Muda yang
mewakili Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang pada jam 10
pagi tadi.
Ahmad
Amzad berkata, jawatankuasa berharap MBKT dapat membatalkan kenaikan kadar
cukai pintu ini demi kesejahteraan rakyat.
Sementara
itu, Mohamad berkata pihaknya akan meneliti dan membuat tindakan susulan
berhubung bantahan yang diterima daripada rakyat.
"Datuk
Bandar Kuala Terengganu sendiri sudah memberitahu semua Ahli Majlis MBKT untuk
memaklumkan kepada rakyat mengenai tempoh bantahan secara bertulis ini yang
perlu dikemukakan kepada MBKT sebelum 2 Jun," katanya. – Bernama, 6 Mei,
2014.
0 comments:
Post a Comment