Rakyat Malaysia sedang menyaksikan kepura-puraan terbesar MCA
sepanjang 65 tahun sejarahnya – parti itu mengancam untuk mengumpul ribuan
orang dan mengepung Parlimen bagi menentang hudud, namun gagal membuatkan walau
pun hanya seorang, iaitu Presidennya MCA sendiri, untuk berkata ‘Tidak’ kepada
Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang isu itu.
Sangat menyedihkan untuk menyaksikan kepura-puraan itu –
kerana ia hanya berjaya secara terus-menerus menelanjangkan Datuk Seri Liow
Tiong Lai dan pimpinan MCA sebagai pemimpin tanpa keyakinan, prinsip, dan
maruah – perkara-perkara yang menyebabkan MCA ditolak sepenuhnya oleh pengundi
Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu
Liow dan pimpinan MCA kini di bawah ujian sukar – adakah
mereka sanggup untuk memberitahu Najib yang parti itu tidak bersedia untuk
kembali ke Kabinet Barisan Nasional sehinggalah prinsip muafakat dipulihkan
dalam BN, dan Najib menarik balik pengumuman yang dibuatnya secara sembarangan
dan sepihak pada Khamis lalu bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menolak
hudud? Atau adakah pangkat menteri dan timbalan menteri
serta faedah daripada jawatan itu lebih penting kepada Liow dan pimpinan MCA
berbanding prinsip dan keteguhan politik, termasuk paling penting, iaitu BN
bergerak menurut muafakat semua parti komponennya, bukan sekadar di bawah
telunjuk Umno?
TIADA BANTAHAN DARI MCA, KENAPA..?..
Ketika Najib membuat pengumuman mengejutkan itu di Alor Star, Khamis lepas, bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hudud, mengapa tiada bantahan daripada Presiden MCA ?
Begitu juga, mengapa Majlis Presiden MCA yang mengadakan pertemuan semalam tidak berkata apa-apa tentang pengumuman Najib, yang jelas bertentangan dengan prinsip muafakat BN. Atau apakah Liow secara rahsia atau bersendirian telah memberikan persetujuan kepada kenyataan Najib, sebelum atau selepas kenyataan itu dikeluarkan ?
Apakah mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat MCA akan dipanggil untuk membantah dan menolak kenyataan Najib itu ?
Atau apakah tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana apa yang diumumkan Najib di Alor Setar telah secara automatik menjadi dasar BN, yang mana tidak akan dibantah atau dikritik secara terbuka oleh pemimpin MCA kerana itu akan mengancam peluang Liow dan pemimpin MCA lain untuk kembali ke Kabinet dan Kerajaan BN sebagai menteri dan timbalan menteri ?
Tunggu sahaja Liow dan pimpinan MCA menjelaskan isu yang amat mudah ini, yang kini timbul dalam benak semua rakyat Malaysia yang berfikir.

Disunting HD/30 April 2014
0 comments:
Post a Comment