Seorang tukang jahit wanita ditemui
mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh kenalan
lelakinya di rumah wanita itu di Sungei Way, di Petaling Jaya hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP
Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima panggilan daripada orang awam
kira-kira pukul 1 tengah hari yang menjumpai mangsa, 43, berasal dari Sabah. "Hasil siasatan awal mendapati
mangsa seorang janda anak satu itu dipercayai mati ditikam suspek dengan
menggunakan sebilah gunting," katanya.
Susulan kejadian itu, polis yang
memburu suspek hasil maklumat daripada temu bual dengan beberapa saksi kejadian
dan juga rakan mangsa, telah membawa kepada penemuan mayat suspek di sebuah
flet di Kelana Jaya, di sini, 4 petang tadi.
Menurut polis, suspek, 44, juga
berasal dari Sabah itu dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11
flet berkenaan. "Sebaik polis tiba di lokasi
kejadian (rumah suspek), mayatnya ditemui di bumbung stor flet itu. "Suspek merupakan seorang ketua
pengawal keselamatan,dipercayai hilang pertimbangan sehingga menikam wanita itu
(mangsa) akibat cintanya ditolak," katanya.
Katanya kematian lelaki itu
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bernama/30 April, 2014.
0 comments:
Post a Comment