PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan
rakyat Permatang Pauh supaya bangun menjadi benteng amanah dan ketelusan negara
dan tidak mudah menggadaikan pronsip kepada Umno dan BN sekiranya beliau
dipenjarakan buat kali kedua.
Menurutnya, jika ditakdirkan semalam
adalah pidato terakhir beliau di Permatang Pauh, Anwar mahu jentera Pakatan
Rakyat diperkemaskan bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) kawasan parlimen
itu.
Berucap di pentas Reformasi 2.0 di
Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini, beliau tidak menolak kemungkinan akan
dipenjarakan jika rayuannya dalam kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendapat maklumat bahawa BN
sudah mempersiapkan jentera untuk berhadapan dengan PRK Permatang Pauh seandai
dirinya didapati bersalah serta dipenjarakan. "Andai kata Allah SWT uji kita
dengan isu ini, saya mahu anda di Permatang Pauh bangun sebagai benteng
mempertahankan amanah daripada penyangak Umno dan BN yang terlalu ghairah mahu
merampas sekaligus meranapkan Pakatan Rakyat," tegasnya di hadapan ribuan
hadirin.
Jelas Anwar lagi, keseluruhan
konpirasi yang dilaluinya pasti terjawab suatu hari dan pasti terdedah satu
persatu. Menurut Anwar, walaupun dikurung di
penjara sekali lagi semangat serta jiwaraganya tidak akan lemah longlai. "Anwar bukan orang yang cepat
lemah semangat malahan akan terus bangkit biarpun dipenjara, " katanya
sambil melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan".
Turut berucap Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifudin Nasution Ismail, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Timbalan
Yang DiPertua PAS Baling, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad, Pesuruhjaya
PAS Pulau Pinang, Mohamd Sabu dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk
Abdul Rashid Hasnon.
Anwar juga sempat menziarahi jenazah
bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh di kediaman keluarga Ahli Parlimen Jelutong
itu di Jalan Utama, Georgetown petang semalam. Karpal meninggal dunia akibat
kecederaan parah apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di
Lebuh Raya Utara-Selatan hala ke utara dekat Gua Tempurung awal pagi
semalam.
HD/18 April 2014
0 comments:
Post a Comment