Sponsor

Tuesday, April 15, 2014

MH370 - Kaji Selidik Tunjukkan Majoriti Rakyat Hilang Kepercayaan Terhadap Kerajaan...

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu berhenti daripada terus ‘bermain tarik tali’ berhubung pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan tragedi kehilangan pesawat MH370 jika tidak mahu keyakinan rakyat terhadap kerajaan terhakis sama sekali.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian sebagai mengulas kaji selidik terkini portal The Malaysian Insider dan Merdeka Center 24 hingga 30 Mac lalu yang menunjukkan 54 peratus daripada 1,092 responden dari semua Parlimen di Semenanjung Malaysia percaya bahawa kerajaan tidak telus dalam memberikan maklumat mengenai MH370 sejak bermulanya tragedi itu.
Kaji selidik berkenaan menunjukkan bahawa 54 peratus rakyat berpendapat kerajaan menyembunyikan maklumat atau tidak mengemukakan perkara sebenar, manakala 26 peratus percaya pada kerajaan dan 20 peratus lagi tidak pasti.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah menganggap tinjauan terbaru itu menunjukkan bahawa tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat semakin merosot, terutama berikutan penyaluran maklumat yang tidak sekata dan bercanggah oleh kerajaan. Justeru itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini beliau mengulangi kecaman terhadap Hishammuddin yang terus dengan pendiriannya untuk membuat keputusan tentang penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Jawatankuasa Pilihan Parlimen hanya setelah kotak hitam MH370 ditemui.
“Pendirian itu tidak munasabah dan tidak boleh diterima – apakah ini bermakna kerajaan akan menentang sebarang usaha untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh ke atas bencana MH370 jika kotak hitam tidak ditemui?” soal Kit Siang.

RK/14 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/