Sponsor

Tuesday, April 15, 2014

Ikhwan Muslimin Tidak Takut Untuk Di Siasat Pihak Keselamatan Britain....

Ikhwan Muslimin menafikan laporan kononnya mahu memindahkan ibu pejabat mereka di Baritain ke Austria biarpun berdepan siasatan oleh kerajaan negara itu.
Setiausaha Agung Antarabangsa pertubuhan itu, Ibrahim Munir berkata, pihaknya tidak akan berganjak dan bersedia berdepan sebarang siasatan terhadap aktiviti mereka. "Saya tidak dapat membayangkan mahupun menerima untuk berpindah dari Britain ke negara lain," katanya.
Semalam, The Daily Mail melaporkan bahawa Ikhwan Muslimin membuat persediaan untuk memindahkan ibu pejabat mereka ke Austria ekoran pengumuman Perdana Menteri David Cameron bahawa pihak keselamatan akan menyiasat aktiviti pertubuhan itu. Munir dalam pada itu menyifatkan laporan itu sebagai tiada asas.
Beliau berkata, ahli Ikhwan bebas bergerak di Britain dan tiada apa-apa yang harus ditakutkan. "Kami tidak akan tinggal Britain kerana kami tidak melakuan sebarang jenayah atau melanggar undang-undang. "Kerajaan Britain sangat mengenali kami," kata beliau sambil menambah Ikhwan bersedia memberi kerjasama kepada penyiasat British.

Bulan lalu, Cameron berkata adalah penting untuk mengkaji semula pertubuhan itu dan menyiasat aktiviti mereka. Keputusan itu menyusul selepas kerajaan kudeta Mesir mengharamkan pertubuhan Ikhwan Muslimin dan melabelkn mereka sebagai pengganas.

Tindakan regim Mesir itu dibuat selepas bantahan berterusan rakyat negara itu terhadap penggulingan kuasa ke atas Presiden sah Dr Mohammad Morsi. Kudeta menuduh, gerakkan rakyat menentang kudeta itu dipelopori Ikhwan. 
Terbaru mahkamah tentera menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 rakyat negara itu termasuk pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin atas tuduhan rekaan sebagai mencetuskan pembunuhan.

HD/14 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/