Sponsor

Thursday, April 10, 2014

Grafik Yang Menyatakan ‘umat Islam bersolat Jumaat banyak membazirkan air’ Di Nafikan Tian Chua..

Naib Presiden PKR Tian Chua menyelar pihak yang memfitnah beliau melalui satu grafik yang kini tersebar di internet khususnya media sosial.
Grafik itu memaparkan wajah Ahli Parlimen Batu itu disertakan tulisan kononnya beliau menyokong kenaikan tarif air yang dibuat Kerajaan Pulau Pinang.
Malah dalam grafik itu, Tian juga kononnya berkata umat Islam bersolat Jumaat banyak membazirkan air.
"Saya tidak pernah komen apa-apa pasal kenaikan air di Pulau Pinang. "Ini menyebabkan sesetengah pihak menyangka saya hina orang Islam solat," kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau tidak menolak tindakan tersebut sebagai taktik jahat pihak tertentu untuk mewujudkan ketegangan kaum dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat terutama yang bukan Melayu. Katanya grafik itu dikesan dalam Facebook dan juga blog Anti DAP Club.
Dalam pada itu beliau akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat laporan polis. "Saya harap ada tindakan cepat sama seperti beberapa post di facebook yang berunsur tidak hormat kepada pemimpin BN," kata beliau..

HD/9 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/