Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kes
Fitnah II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
kes peribadi antara seorang individu dengan individu lain sangat mengejutkan,
tidak jujur dan palsu.
Naib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran, berkata tindakan Najib itu
membuktikan beliau secara terang-terangan berbohong perkara itu ketika
mengadakan sidang media bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama,
baru-baru ini.
“Kes
terhadap Anwar bukan tindakan peribadi seorang individu. Ia adalah dakwaan
jenayah yang dibawa Peguam Negara. “Peguam
Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata
Surendran dalam kenyataannya yang dipetik daripada Keadilan Daily, hari ini.
Semalam,
pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa Fitnah II
adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan
kerajaan.
Surendran
berkata, penafian terbabit adalah tindakan pura-pura yang memalukan, kerana
Najib sendiri dikaitkan apabila beliau secara peribadi bertemu saksi utama kes,
Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian fitnah itu dikatakan berlaku.
“Kalau ia aduan seseorang yang tidak membabitkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden? “Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib berkenaan pertemuan jahat ini,” katanya.
“Kalau ia aduan seseorang yang tidak membabitkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden? “Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib berkenaan pertemuan jahat ini,” katanya.
Beliau
berkata, Najib juga sengaja mengabaikan kebimbangan luas pemerintah dan
organisasi dari seluruh dunia terhadap dakwaan ke atas Anwar dan secara
hipokrit menyatakan bahawa Fitnah II adalah kes biasa. “Kenyataan
Najib tak masuk akal, memalukan negara di hadapan media antarabangsa dan
Presiden AS yang melawat negara ini,” katanya.
SK/28 Apr
2014
0 comments:
Post a Comment