Sponsor

Friday, April 18, 2014

Tragedi Feri Karam, Seorang Guru Menggantung Diri Kerana Kecewa..


Feri karam, ratusan masih hilang
Polis Korea Selatan hari ini mengesahkan Kang Min Kyu, 52 tahun, wakil pengetua SMA Danwon yang telah diselamatkan dari kapal feri yang tenggelam di perairan Pulau Jindo, sebelah selatan Provinsi Jeolla, Korea Selatan, dipercayai membunuh diri. Dia diantara mangsa dari rombongan pertama yang diselamatkan dari kapal feri berpenumpang 475 orang itu.
Polis menyatakan dia menggantung dirinya sendiri di sebatang pokok berhampiran pusat Gimnasium sekolah yang menempatkan waris keluarga yang menunggu mangsa korban. Peristiwa ini menjadikan suasana semakin memburuk selepas tragedi feri tenggelam di Korea Selatan. 
Petugas keselamatan mengatakan sehingga kini 28 orang maut sejak kapal feri itu tenggelam Rabu lalu. Namun angka kematian dijangka akan meningkat memandangkan masih ada sekitar 270 penumpang masih belum ditemui.
Ratusan penyelam, puluhan perahu dan pesawat masih meneruskan usaha mennyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Dari pelbagai sumber

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/