Ketika pemimpin Umno menyatakan
sokongan kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, semakan
mendapati parti itu paling keras menentang pelaksanaan hukum tersebut, sejak
tiga dekad lalu. Malah kenyataan dikeluarkan
pemimpinnya seperti Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Razak dilihat
lebih banyak menghina undang-undang itu.
Antaranya kenyataan Mahathir pada 3
Mac 1994 kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan yang mendakwa ‘Hukuman rejam
kepada penzina adalah primitif”
Dalam satu perjumpaan dengan ketua
Umno di Johor pada 30 April 1992, Mahathir mengatakan “Saya nak tahu siapakah
di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud
dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar
kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”
Selain itu, bekas presiden Umno
itu juga mendakwa sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia
bukan seratus peratus Islam, dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan, pada 14
Ogos 1994. Malah Mahathir juga menyatakan
“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini”
pada majlis yang sama.
Dalam satu temubual pada 18 Ogos
1991, beliau berkata perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat
Islam mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila
dipotong tangan, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan hukuman berkenaan.
“Bagaimana kita boleh maju kalau
orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing
dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup. Banyak benda yang
disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” katanya
dipetik dalam majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan pada 1997.
Dalam satu temubual dengan media pada
14 Julai 1992, Mahathir berkata “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada
penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang
mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan
Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” Beliau juga pernah memberi amaran
akan memastikan negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional tidak akan
melaksanakan hukum selain berjanji mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan
usaha melaksanakan hukum itu.
Manakala Datuk Seri Najib Tun Razak,
20 April 1983, dalam temubualnya dengan wartawan pula menyatakan “Negara akan
huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
Pada 20 April 1992, ketika bercakap
kepada wartawan, Najib menyatakan “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab
jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat
Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan
perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam
mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
KD/16 Apr 2014
TIANG SERI
Firman
ALLAH s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat ke-32:
قُلْ أَطِيعُوا
اللَّهَ وَالرَّسُولَ
فَإِنْ تَوَلَّوْا
فَإِنَّ اللَّهَ
لَا يُحِبُّ
الْكَافِرِينَ
Maksudnya: “Katakanlah
(wahai Rasul): Taatlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka barangsiapa yang
berpaling (enggan mentaati ALLAH dan Rasul-Nya) maka sesungguhnya ALLAH tidak
mencintai orang-orang yang kafir”.
0 comments:
Post a Comment