Pusat Penyelarasan Agensi Bersama
(JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu
memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini.
"Semalaman Bluefin-21 AUV
menyelesaikan enam misi di kawasan pencarian dalam air dan data yang dikumpul
kini sedang dianalisis," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Tiada sebarang penemuan berkaitan
ditemui. Bluefin-21, yang dilengkapi sistem
pengesan sonar dihantar untuk misi sulungnya pada Isnin, dengan harapan dapat
mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang dalam air memandangkan
tiada lagi isyarat yang disahkan oleh alat pengesan pinger sejak 8 April lalu.
Ia menggunakan bunyi akustik untuk
menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan akan mengambil masa
sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyiapkan satu-satu misi itu, yang termasuk
empat jam untuk memuat turun data yang dikumpulkan. Untuk misi hari ini, agensi itu
berkata Lembaga Keselamatan Maritim Australia merancang usaha pencarian
secara visual di kawasan kira-kira 50,200 km persegi, merentas tiga kawasan. Sebelas pesawat tentera dan 12 kapal
terbabit di kawasan pencarian itu, menurut kenyataan itu.
Ramalan cuaca hari ini melaporkan
hujan di sesetengahtempat dengan tiupan angin timuran selatan," kata
agensi itu.
MI/19 Apr 2014
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk
Seri Hishammuddin Hussein berkata, Kerja
pencarian dasar laut MH370 akan menjadi semakin sukar dan kritikal dalam dua
hari berikutnya. "JACC sedang mengecilkan kawasan
pencarian dan ia petanda penting yang difokuskan," katanya dalam satu
sidang media.
"Hari ini dan esok penting untuk
mengecilkan kawasan pencarian dan mengumpulkan semula data yang ditemui.
"Kita mungkin perlu melihat
kembali data satelit yang diberikan Inmarsat," katanya. "Apa jua hasil pencarian, kami
akan memutuskan sama ada perlu mengumpul data atau mengkaji kaedah yang
digunakan."
MI/19 April, 2014.
0 comments:
Post a Comment