Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak tidak perlu takut untuk mendedahkan kebenaran peristiwa Memali pada
November 1985 semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz
Omar berkata dengan pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam
yang mendakwa Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu membuktikan
Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 1985 penuh dengan pembohongan.
“Najib tidak perlu takut membetulkan
kesilapan yang berlaku pada zaman Dr Mahathir dan kesilapan itu tidak perlu
pada zaman pemerintahannya.
“Dewan dibohongi dan boleh jadi Musa
dipaksa untuk membentangkan Kertas Putih pada 1986. Nama Dewan perlu
dibersihkan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Musa dalam satu forum di Kota Baru
mendedahkan Dr Mahathir berada di Malaysia dan bukannya di China sebagaimana
yang pernah dimaklumkan sebelum ini. MI/9 April, 2014.
0 comments:
Post a Comment